Islam merupakan agama bagi persekutuan di Malaysia. Penetapan ini menjadikan perintah-perintah Islam dapat dilaksanakan di Malaysia, termasuklah perintah amar makruf nahi mungkar. Perintah ini dilaksanakan melalui institusi hisbah yang bertindak sebagai pihak berkuasa. Namun begitu, masih terdapat kemungkaran yang perlu dikawal agar tidak menular dalam kalangan masyarakat. Antara kemungkaran yang menjadi perhatian ialah kemungkaran akidah. Kemungkaran jenis ini mampu menggugat pegangan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) di Malaysia. Institusi hisbah telah mengambil beberapa inisiatif bagi membendung kemungkaran jenis ini. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi menghuraikan kemungkaran akidah di Malaysia serta menjelaskan peranan institusi hisbah dalam menangani kemungkaran akidah di Malaysia seperti ajaran sesat, pemikiran menyeleweng dan murtad. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi untuk pengumpulan data dan kaedah analisis kandungan untuk analisis data. Hasil kajian ini mendapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh institusi hisbah ialah melakukan kajian, memberi penerangan, mengeluarkan fatwa, menapis maklumat untuk masyarakat serta memantau kemungkaran akidah. Usaha dan tindakan institusi hisbah ini menjadikan kemungkaran akidah yang berlaku di Malaysia dapat dikawal dengan baik dan akidah ASWJ dapat dipegang dengan teguh oleh umat Islam di Malaysia. Islam is the religion of the constitution in Malaysia. This stipulation makes Islamic orders to be implemented in Malaysia, including the order of commanding right forbidding wrong. It is enforced through hisbah institutions that act as authorities. However, the existence of never-ending deviations need to be controlled to prevent them from further spreading. One of the most concern is the aqidah deviation. This deviation could undermine the belief of Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ) in Malaysia. Hisbah institutions have take several initiatives to curb aqidah deviation. Therefore, this study is carried out to explain the aqidah deviation in Malaysia and clarify the role of hisbah institutions in dealing with the aqidah deviation in Malaysia such as religious cult, misappropriation thought, and apostasy. This study uses documentation method for data collection and content analysis method for data analysis. This study found that hisbah institutions actions are conducting research, providing information, issuing fatwa, filtering information for community and monitoring aqidah deviation. The efforts and actions of hisbah institutions make the aqidah deviation that occurs in Malaysia well controlled and Muslims in Malaysia can firmly hold the faith of ASWJ.
CITATION STYLE
Abd Rahman @ Sabri, N. A., & Wan Jusoh, W. H. (2023). Kemungkaran Akidah di Malaysia dan Peranan Institusi Hisbah dalam Menanganinya. ‘Abqari Journal, 72–83. https://doi.org/10.33102/abqari.vol29no1.528
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.