Kesediaan dan Efikasi Guru Matematik Sekolah Rendah dalam Pengintegrasian Teknologi Semasa Pandemik COVID-19

  • Ab Aziz N
  • Maat S
N/ACitations
Citations of this article
157Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Banyak negara mengambil keputusan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian dengan memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Walau bagaimanapun, didapati ramai guru matematik masih lemah dalam aspek penguasaan ilmu, pengkaedahan PdP, penggunaan dan kepercayaan serta sikap terhadap TMK dalam pendidikan. Oleh yang demikian, perlaksanaan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan dan efikasi guru matematik dalam pengintegrasian teknologi sewaktu pandemik COVID-19. Faktor jantina, tempoh perkhidmatan dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan (PTPIK) guru matematik turut diambil kira. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan keratan rentas dengan memanfaatkan pensampelan mudah ke atas 62 guru matematik sekolah rendah Kuala Selangor. Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi tujuan penganalisisan data kajian. Analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan guru matematik berada pada tahap yang tinggi. Analisis statistik inferensi menunjukkan perbezaan tidak signifikan bagi kesediaan dan efikasi guru matematik dalam pengintegrasian teknologi berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan. Selain itu, efikasi guru matematik mempunyai hubungan linear yang signifikan ke atas kesediaan guru matematik dalam pengintegrasian teknologi. Implikasi terhadap peranan guru matematik dan pihak kepimpinan dibincangkan dengan berfokuskan kepentingan latihan dalam perkhidmatan bagi memastikan pengetahuan, kesediaan dan efikasi guru matematik sentiasa berada di tahap yang memuaskan. Banyak usaha yang perlu dilakukan bagi memastikan keberhasilan pengajaran matematik sewaktu pandemik COVID-19.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab Aziz, N. F., & Maat, S. M. (2021). Kesediaan dan Efikasi Guru Matematik Sekolah Rendah dalam Pengintegrasian Teknologi Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 93–108. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.949

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free