Situasi semasa dan cabaran yang dihadapi oleh semua negara menunjukkan bahawa pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini merupakan sebuah krisis berskala global. Dalam penulisan ini, pendapat dan penulisan daripada ahli akademik, pemerhati politik dan laporan-laporan daripada institut-institut kajian telah ditinjau dan disaring untuk mendapatkan idea-idea utama yang dilontarkan terhadap setiap implikasi yang dibincangkan. Bagi menghadapi kesan kegawatan ekonomi ini, negara-negara di seluruh dunia melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk mengurangkan risiko kegawatan pada masa hadapan. Malaysia juga mengeluarkan pakej rangsangan kewangan sebanyak RM250 bilion. Sekiranya pakej rangsangan ini terus bertambah, jumlah hutang negara akan semakin meningkat dan negara-negara di seluruh dunia tidak dapat lagi menanggung beban hutang yang tinggi. Ini akan membawa kepada situasi yang seterusnya, iaitu negara-negara tersebut terpaksa meminjam daripada institusi-institusi kewangan dunia yang didominasi oleh elit kuasa iaitu Amerika Syarikat dan China seperti IMF, World Bank dan AIIB.
CITATION STYLE
Mohd Farique, M. A., & Mohd Fauzi, M. A. (2021). Implikasi Pandemik COVID-19 terhadap Ekonomi Global dan Ekonomi Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 2(1), 122–129. https://doi.org/10.47548/ijistra.2021.32
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.