Kesahan Modul Pembangunan Produk bagi Subjek RBT Tingkatan 3 dalam kalangan Guru SMK di Selangor

  • Yusoff N
  • Che Kob C
  • Ismail M
N/ACitations
Citations of this article
38Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menguji kesahihan kandungan Modul Pembangunan Produk bagi mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam kalangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah penyelidikan kajian tinjauan (survey) untuk mengumpul data melalui soal selidik yang berkaitan dengan penilaian keseluruhan terhadap kandungan modul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri dari tiga orang panel pakar yang telah ditetapkan ciri-cirinya. Ketiga-tiga panel pakar ini mestilah merupakan guru RBT yang mengajar di sekolah menengah harian. Selain itu, panel pakar juga haruslah mempunyai pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan juga Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) lebih daripada 10 tahun. Keputusan bagi kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan mempunyai kesahihan yang tinggi sebanyak 92 peratus. Dapatan kajian menunjukkan kesemua item di dalam konstruk modul Reka Bentuk Dan Teknologi seperti kulit hadapan modul, pengenalan, panduan penggunaan, objektif dan kandungan modul mempunyai kesahan kandungan yang tinggi berdasarkan pandangan dari perspektif pakar. Justeru, kesahan kandungan modul Reka Bentuk Dan Teknologi yang tinggi dapat menjadikan modul ini sebagai panduan dan rujukan oleh guru dan murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yusoff, N. N. B., Che Kob, C. G. B., & Ismail, M. (2023). Kesahan Modul Pembangunan Produk bagi Subjek RBT Tingkatan 3 dalam kalangan Guru SMK di Selangor. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(2), e002118. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i2.2118

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free