Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam Pendidikan STEM Sekolah Rendah

  • Ahmad J
  • @ Sopiah Abdullah S
N/ACitations
Citations of this article
60Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan (UPSK) telah dibina bertujuan mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam Pendidikan STEM sekolah rendah. Kajian ini bertujuan mennentukan kualiti instrumen UPSK melalui kesahan dan kebolehpercayaan instrumen UPSK melalui Model Pengukuran Rasch. UPSK adalah rangkuman soalan terbuka yang terdiri daripada sepuluh item dengan lima pecahan konstruk iaitu: pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti dan nilai. Sampel terdiri daripada 166 orang pelajar yang berusia 10 hingga 11 tahun dari sekolah-sekolah bandar di daerah Tawau, Sabah. Hasil analisis kesahan mendapati polariti item melalui nilai PTMEA-Corr menunjukkan bahawa kesemua 10 item berada >0.00 (+). Melalui analisis kesesuaian item, semua item masih dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam salah satu julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEA-Corr. Dalam analisis komponen utama (PCA), nilai Raw Variance Explained by Measures 66.8% (cemerlang) dan nilai Unexplained variance dalam kontras pertama di bawah 15% menunjukkan bahawa instrumen mempunyai keekadimensian yang kuat dan mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai 0.91 (sangat tinggi), kebolehpercayaan item 0.98 (cemerlang) dan responden 0.89 (baik) dengan nilai pengasingan item 7.97 dan responden 2.83. Kesimpulannya, UPSK mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan pelajar tahun lima di sekolah rendah di Sabah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad, J., & @ Sopiah Abdullah, S. N. M. (2020). Analisis Rasch bagi Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan dalam Pendidikan STEM Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 135–150. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.504

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free