Tahap Penggunaan dan Kefahaman Murid dalam Penggunaan Gabungan Pakej Bahan Bantu Mengajar Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah

  • Sarabani S
N/ACitations
Citations of this article
51Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan dan tahap kefahaman murid dalam penggunaan gabungan pakej bahan bantu mengajar multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pengajaran dan pembelajaran sejarah dewasa ini memerlukan inovasi dan kreativiti agar dapat membantu menaikkan pencapaian pelajar. Gabungan pakej multimedia diharap dapat mencapai tujuan untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan efisien. Responden kajian dan sampel kajian adalah seramai 66 orang murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam di Sekolah Kebangsaan Biah Batu 65, Daerah Beaufort. Negeri Sabah. Responden yang dipilih seramai 66 orang murid daripada 88 populasi murid. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penggunaan gabungan pakej bahan bantu mengajar multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah tinggi dan turut mempengaruhi tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sarabani, S. B. (2021). Tahap Penggunaan dan Kefahaman Murid dalam Penggunaan Gabungan Pakej Bahan Bantu Mengajar Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 252–258. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.694

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free