Cabaran Penguatkuasaan Penghakiman Mahkamah Syariah: Kajian Peranan Bahagian Sokongan Keluarga Terhadap Hak Wanita dan Kanak-Kanak di Sarawak Abstrak Penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Syariah hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak. Ketidakpatuhan penghakiman Mahkamah Syariah akan memberikan kesan terhadap wanita dan kanak-kanak dari aspek kewangan. Penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman boleh diambil tindakan di Mahkamah Syariah. Kertas penyelidikan ini bertujuan melihat cabaran penguatkuasaan penghakiman yang memfokuskan kepada fungsi dan peranan Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Sarawak. Pendekatan metodologi yang digunapakai bagi kertas kerja ini ialah pendekatan kualitatif. Penyelidikan mendapati bahawa BSK JKSM yang ditempatkan di Sarawak merupakan satu langkah yang proaktif diambil oleh JKSM untuk memastikan penghakiman Mahkamah Syariah dipatuhi oleh pihak Penghutang Penghakiman. Penguatkuasaan penghakiman yang dilaksanakan adalah penghakiman nafkah anak, nafkah isteri, nafkah eddah dan mutaah dikuatkuasakan melalui mekanisme perundangan yang berkuatkuasa di Sarawak. Terdapat beberapa cabaran dalam pelaksanaan penguatkuasaan penghakiman di Sarawak yang telah diambil tindakan dan langkah pemerkasaan oleh pihak JKSM dan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Pemerkasaan bahagian ini dilakukan secara holistik dan optimum dari segi kekangan kakitangan, fasiliti dan kompetensi pegawai. Kata Kunci: Bahagian Sokongan Keluarga, Penguatkuasaan Perintah, Sarawak, Hak Wanita, Hak Kanak-kanak Challenges in Enforcement of Syariah Court Judgment: Study of The Role of The Family Support Division on The Rights of Women and Children in Sarawak Abstract The judgment decided by the Syariah Judge in the Syariah Court shall be complied with by the parties. Non-compliance with Syariah court judgments will have a financial impact on women and children. Enforcement and execution of judgments can be taken action in Syariah Courts. This research paper is aimed to view the challenges of judgment enforcement focusing on the functions and roles of the Family Support Division of the Department of Syariah Judiciary Malaysia in Sarawak. The methodological approach of the study which this paper is based is a qualitative approach. The study has revealed that BSK JKSM located in Sarawak is a proactive step taken by JKSM JKSM to ensure that the judgment of the Syariah Court is complied with by the Judgment Debtor. The enforcement of the judgment is that the judgment of child maintenance, wife's maintenance, eddah maintenance and mutaah is enforced through the legal mechanism in force in Sarawak. There are several challenges in the implementation of judgment enforcement in Sarawak that have been taken action and empowerment measures by the JKSM and Department of Syariah Judiciary Sarawak. The empowerment of this division is done holistically and optimally in terms of staff constraints, facilities and officer competencies. Keywords: Family Support Division, Enforcement of judgment, Sarawak, Women's Rights, Children's Rights
CITATION STYLE
Mahmod, Z., Buang, A. H., & Baharuddin, A. (2021). Cabaran Penguatkuasaan Penghakiman Mahkamah Syariah: Kajian Peranan Bahagian Sokongan Keluarga Terhadap Hak Wanita dan Kanak-Kanak di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 252–267. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1075
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.