Penerapan Elemen Kelestarian Alam Sekitar dalam Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah

  • Kaviza M
  • Bukhari N
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perspektif guru-guru terhadap kepentingan penerapan elemen kelestarian alam sekitar dalam mata pelajaran sejarah. Seramai 200 orang guru terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap perspektif guru terhadap kepentingan penerapan elemen kelestarian alam sekitar berada pada tahap tinggi di samping memaparkan tahap yang tinggi berdasarkan profil demografi guru seperti jantina, umur, pengalaman mengajar, pengkhususan dan kelulusan pendidikan. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa isu pencemaran udara dan air merupakan isu yang paling kerap diterapkan dalam mata pelajaran sejarah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru telah mempunyai perspektif yang tinggi terhadap keperluan menerapkan elemen kelestarian alam sekitar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan isu-isu kelestarian alam sekitar dalam mata pelajaran sejarah.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M., & Bukhari, N. (2022). Penerapan Elemen Kelestarian Alam Sekitar dalam Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001887. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1887

Readers' Seniority

Tooltip

PhD / Post grad / Masters / Doc 4

100%

Readers' Discipline

Tooltip

Arts and Humanities 3

60%

Engineering 2

40%

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free