Kencing manis (DM) adalah penyakit metabolik yang bercirikan hiperglisemia, di mana adanya gangguan dalam pengeluaran atau tindakan insulin atau gabungan kedua-duanya. Biasanya, terdapat beberapa faktor seperti faktor genetik, obesiti, gaya hidup tidak sihat, aterosklerosis dan juga tabiat pemakanan yang salah yang menyebabkan atau memburukkan DM. Biasanya, individu yang terlibat tidak mengambil berat tentang kesihatannya dan kesan daripada komplikasi DM ini boleh mendatangkan maut. Komplikasi DM melibatkan sistem kardiovaskular, otot, endokrin, buah pinggang dan sistem saraf di dalam badan. Rawatan komplikasi DM bukan sahaja mahal tetapi ia juga menjadi beban kepada keluarga yang terjejas. Kajian ini membincangkan cabaran yang dihadapi dalam menangani DM dengan mengambilkira diet dan tabiat pemakanan. Pengetahuan daripada pengambilan makanan yang betul juga boleh membantu memerangi komplikasi DM dan ini dapat menangani kadar kematian dan morbiditi. Kata kunci: Kencing manis; komplikasi; pemakanan; tabiat; mortaliti; morbiditi ABSTRACT Diabetes mellitus (DM) is a metabolic disease which is characterized by hyperglycemia. There is either disturbance in insulin secretion or defective insulin action or even a combination of both. Usually, there are few confounding factors like genetic, obesity, sedentary life style, atherosclerosis, and even faulty dietary habits which lead or aggravate DM. Usually, the individual does not care and often the complications resulting from hyperglycaemia are fatal. Complications in DM involve the cardiovascular, musculoskeletal, endocrine, renal and neurological systems in the body. Treatment of diabetic complications is not only costly but it is also a burden on the affected families. The present review discusses the challenges faced in DM with special concern on diet and food habits. Knowledge of proper food consumption may also help an individual combat complication in DM and reduce the mortality and morbidity.
CITATION STYLE
DAS, S., HAJI SUHAIMI, F., HO, C., & HO, S. E. (2015). Kencing Manis dan Diet: Beberapa Fakta Penting untuk Direnungi Bersama. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13(1), 33–37. https://doi.org/10.17576/jskm-2015-1301-05
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.