Hubung Kait Antara Kesalahan Ejaan Murid Dengan Ragam Bahasa Dalam Ujaran Guru

  • MOHD RUSLI N
N/ACitations
Citations of this article
49Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menjelaskan hubung kait antara kesalahan ejaan murid dengan ragam bahasa dalam ujaran guru. Tumpuan difokuskan terhadap kesalahan vokal /i/ dan /u/  di akhir kata yang dilakukan murid dan kaitannya dengan ragam bahasa yang digunakan dalam ujaran lisan guru. Tiga orang guru Bahasa Melayu dan 114 orang murid tahun 1 dari Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden. Data diperoleh secara kualitatif, iaitu dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan pemerhatian, dengan bantuan borang soal selidik, borang maklum balas dan alat perakam suara. Hasil kajian menunjukkan murid-murid tahun 1 menghasilkan variasi ejaan yang betul dan salah seperti ‘arif’, ‘aref’, ‘kamarul’, ‘kamarol’, ‘pergi’, ‘pegi’, ‘tidur’, ‘tidor’ dan sebagainya. Keadaan ini berlaku disebabkan ragam bahasa yang digunakan guru ketika menyampaikan proses pengajaran, iaitu ragam bahasa formal seperti [a.rif], [ka.mã.rul], [pər.ɡi] dan [ti.dur], dan ragam bahasa tidak formal misalnya [a.ref], [ka.mã.rol], [pə.ɡi] dan [ti.dor] yang menyebabkan murid-murid yang mendengar akan menulis kembali ujaran lisan yang dituturkan oleh guru. Dapatan kajian juga menunjukkan pemilihan penggunaan bahasa yang alamiah dan gangguan bahasa merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya percampuran ragam bahasa formal dan tidak formal dalam ujaran lisan guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dari segi implikasi, kajian ini bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan mengaplikasi dan membezakan sebutan yang betul dalam konteks situasi formal untuk mengelak kekeliruan dan kesalahan ejaan kosa kata dalam bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan murid tahun 1.

Cite

CITATION STYLE

APA

MOHD RUSLI, N. F. (2022). Hubung Kait Antara Kesalahan Ejaan Murid Dengan Ragam Bahasa Dalam Ujaran Guru. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 4(1), 58–74. https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i1.99

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free