Berhadapan dengan pelbagai kesengsaraan dan mehnah kehidupan, Badi‘ al- Zaman Sa‘id al-Nursiy4 bangkit menjadi seorang tokoh yang amat disegani dalam lapangan islah dan dakwah. Usaha dakwah beliau dapat dilihat sepanjang hayatnya demi menyelamatkan akidah umat Islam yang pada ketika itu diuji oleh penindasan musuh Islam. Persoalannya, apakah usaha dakwah yang dilakukan al-Nursiy? Apakah strategi yang digunakan bagi menjayakan dakwah tersebut? Menerusi dua persoalan ini, dua objektif utama dibentuk. Pertama, mengenal pasti usaha dakwah yang dilakukan oleh al-Nursiy dalam membantu membangun insan cemerlang. Kedua, menganalisis strategi dakwah yang digunakan berdasarkan usaha yang dilaksanakan. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, pendekatan kualitatif dengan penggunaan kaedah kajian dokumen dilakukan bagi pengumpulan data. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh al-Nursiy bermula dengan diri sendiri, sehingga kepada kelompok yang lebih luas dengan penggunaan strategi bawah- ke-atas (bottom-up) bagi mencapai matlamat dalam pembangunan insan, selain menjadi rujukan dan diguna pakai oleh para pendakwah dalam lapangan yang sama.
CITATION STYLE
Mohamed Saniff, S., Khosim, N., & Ibrahim, A. (2023). Usaha Dan Strategi Dakwah Badi‘ Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy Dalam Pembangunan Insan. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 2(2). https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v2.70
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.