Pendekatan Filantropi Dakwah Dalam Membangun Kesejahteraan Masyarakat

  • Don A
  • Puteh A
  • Muhamat @Kawangi R
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
76Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dakwah adalah seruan dan aktiviti kepada kerja-kerja kebajikan bagi tujuan membina kesejahteraan hidup masyarakat. Dimensi kesejahteraan yang menjadi tujuan dan agenda dakwah meliputi kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Agenda kebajikan melalui aktiviti, program dan pendekatan dakwah bolehlah dianggap sebagai pelaksanaan konsep filantropi. Justeru, dakwah dan filantropi adalah saling berkaitan atau relevan. Proses pengembangan dan pembangunan dakwah dilihat akan lebih berkesan sekiranya pendekatan filantropi dilaksanakan secara sistematik dan berterusan kepada mad’u (sasaran dakwah). Artikel ni cuba menganalisis bagaimana pendekatan filantropi boleh menjadi model dakwah berkesan terhadap masyarakat. Literatur berkaitan subjek kajian dan perbincangan dirujuk bagi membina landasan teori berkaitan konsep dan pendekatan filantropi dalam dakwah. Berdasarkan sorotan literatur yang dilakukan, terdapat beberapa pendekatan filantropi yang boleh dilaksanakan konteks dakwah untuk kesejahteraan masyarakat, iaitu: Kerja-kerja kebajikan (menyantuni fakir, miskin, gelandangan, anak yatim), khidmat sosial, zakat, sedekah, infaq dan ziarah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Don, A. G., Puteh, A., Muhamat @Kawangi, R., & Mohd. Nasir, B. (2020). Pendekatan Filantropi Dakwah Dalam Membangun Kesejahteraan Masyarakat. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 44–56. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol1no01.9

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free