PASUKAN POLIS DALAM MEMELIHARA KESELAMATAN PENDUDUK DI PERAK, 1948-1960

  • Fook Hong C
  • Hui Ling H
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sepanjang zaman darurat dari tahun 1948 sehingga 1960, pasukan polis di Tanah Melayu bertungkus lumus dalam memerangi keganasan komunis agar dapat mengekalkan keamanan. Ekoran daripada itu, bebanan dan tanggungjawab pasukan polis telah bertambah pada zaman darurat ekoran turut bertanggungjawab untuk memerangi gerakan bersenjata komunis pada masa yang samat. Sebelum itu, pasukan polis hanya menumpukan fokus mereka dalam menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di Tanah Melayu. Bagi menghadapi ancaman komunis dan penyokong komunis di seluruh Tanah Melayu termasuk Perak, kerajaan telah mengambil langkah dengan memperbesarkan kekuatan pasukan polis dengan penubuhan pelbagai cawangan dan unit pasukan polis pada awal zaman darurat. Cawangan dan unit yang diwujudkan oleh pasukan polis untuk memerangi ancaman komunis di Tanah Melayu termasuk Perak adalah seperti Konstabel Khas, Polis Bantuan, Home Guard, Polis Wanita, Cawangan Khas, Flying Squad, Skuad Hutan, Kompeni Hutan, Pasukan Polis Hutan dan Senoi Praaq. Pasukan polis ditempatkan di kawasan penempatan penduduk di Perak. Kehadiran pasukan polis bukan sahaja dapat melindungi keselamatan penduduk, tetapi juga dapat mengelakkan penduduk daripada menyalurkan maklumat pergerakan pasukan polis, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada komunis. Selain itu, pasukan polis juga ditugaskan di kawasan estet dan lombong bagi menghadapi serangan komunis di Perak. Keselamatan pengangkutan kereta api juga menjadi tanggungjawab pasukan polis. Operasi keselamatan turut dilancarkan oleh pasukan polis di kawasan pedalaman dan hutan di Perak untuk menghapuskan tempat penyembunyian komunis. Artikel ini meneliti sejauh mana penglibatan pasukan polis dalam memelihara keselamatan penduduk di Perak pada zaman darurat (1948-1960). Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat sejauhmana tugas pasukan polis bagi memelihara keselamatan penduduk di Perak daripada ancaman komunis. Artikel ini disempurnakan dengan menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah temubual turut digunakan bagi melengkapkan tulisan ini. Penulisan ini dilakukan dengan merujuk sumber primer dan sekunder yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Malaya dan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia. Kata

Cite

CITATION STYLE

APA

Fook Hong, C., & Hui Ling, H. (2020). PASUKAN POLIS DALAM MEMELIHARA KESELAMATAN PENDUDUK DI PERAK, 1948-1960. SEJARAH, 29(1), 160–179. https://doi.org/10.22452/sejarah.vol29no1.9

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free