Pemetaan guna tanah untuk menilai impak gelinciran tanah terhadap komuniti Kundasang, Sabah

  • Mohd. Said M
  • Komoo I
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kundasang pada hari ini amat berbeza dengan keadaannya 20 tahun yang lalu. Kehijauan kawasan pertanian yang terdiri daripada tanaman pelbagai jenis menghiasi kebanyakan pemandangan di sini. Terletak di kaki Gunung Kinabalu dengan ketinggian 1200-1800 m d.p.l. memberikan keadaan iklim seakan sederhana telah menarik pelancong luar untuk berkongsi pengalaman ini. Oleh sebab itu, industri pelancongan dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai salah satu sumber ekonomi utama penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan kawasan tanah tinggi yang lain, berhadapan dengan ancaman gelinciran tanah bukanlah perkara baru. Isu ini perlu dihadapi oleh setiap peringkat masyarakat termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan, perancang dan pemaju, penduduk tempatan dan juga individu yang terlibat. Kompleks Gelinciran Tanah Kundasang (KGTK) telah dikenalpasti menjadi punca utama kepada kerosakan utama dan fenomena yang berkaitan di kawasan ini. KGTK terdiri daripada enam sistem gelinciran tanah berskala besar yang mendasari hampir keseluruhan Kundasang. Kegagalan-kegagalan cerun yang bersaiz kecil dan bersifat tempatan adalah merupakan sebahagian daripada bencana yang mungkin berlaku sekiranya langkah berjaga-jaga diendahkan. Pelan pembangunan yang terintegrasi seharusnya mempertimbangkan geobencana ini sebagai elemen perhatian sebelum sebarang pembangunan dilakukan. Ini adalah untuk memastikan kesan daripada pergerakan gelinciran tanah dapat diminimumkan. Peta guna tanah untuk kawasan tanah tinggi yang biasa dan konvensional perlu ditambah dengan maklumat yang berkaitan dengan gelinciran tanah. Fitur-fitur gelinciran tanah dan petanda-petanda geodinamik yang lain yang boleh dicerap di lapangan seharusnya menjadi sebahagian daripada cirian bagi setiap kategori guna tanah. Maklumat ini akan menjelaskan maklumat sebenar keadaan di lapangan dan membantu dalam penilaian awal kesesuaian untuk tujuan pembangunan. Peta guna tanah mewakili aktiviti sebenar di lapangan dan digunakan sebagai asas untuk perancangan awal pembangunan. Oleh yang demikian, kepentingan peta guna tanah terintegrasi dengan maklumat tambahan yang berkaitan dengan fitur-fitur gelinciran tanah akan menyediakan status keadaan sebenar di lapangan secara menyeluruh untuk masa depan pembangunan di Kundasang yang lebih baik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd. Said, Mohd. Y., Komoo, I., & Abdul Ghani Aziz, S. A. (2006). Pemetaan guna tanah untuk menilai impak gelinciran tanah terhadap komuniti Kundasang, Sabah. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 49, 37–42. https://doi.org/10.7186/bgsm49200607

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free