Penemuan gendang gangsa Timbang Dayang (GGTD) telah mewajarkan semula interpretasi sejarah keberadaan gendang gangsa di Malaysia khususnya di Sabah. Sehingga kini, koleksi gendang gangsa di Malaysia adalah sejumlah 22 buah gendang yang masih banyak kelompangan atau ruang kajian untuk dikongsikan dengan umum. Koleksi tersebut melibatkan penemuan secara tidak sengaja, koleksi sedia ada di istana, muzium dan orang perseorangan. Manakala GGTD pula merupakan gendang gangsa tunggal yang ditemui di timur Malaysia dan yang ketiga di Borneo selepas Sambas I dan Sambas II. Artifak GGTD berkondisi 70% lengkap-rapuh dengan kesan patina dan kotoran tanah yang masih belum dibersihkan menyukarkan proses analisis fizikal. Namun demikian, proses pendokumentasian harus dilakukan sebagai usaha menyelamatkan data arkeologi pada gendang sebelum keadaan tahap kemerosotan bertambah serius. Sehubungan dengan itu, fokus perbincangan adalah menjelaskan bagaimana GGTD berada di bukit Timbang Dayang, pulau Banggi, Kudat. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan interpretasi terkini dan meletakkannya setara dengan kajian gendang gangsa yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya.
CITATION STYLE
Molinka, N. N., Basrah Bee, B. B., & De Silva, M. (2021). Penemuan Gendang Gangsa Timbang Dayang di Pulau Banggi, Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 196–201. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.991
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.