Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Mod Teradun dalam Konteks Sekolah di Malaysia

  • Abdul Kadir N
  • Jamaludin K
N/ACitations
Citations of this article
106Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Revolusi Industri 4.0 dan pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlakunya perkembangan yang mendadak dalam penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia. Justeru, pembelajaran berasaskan projek mod teradun merupakan suatu pendekatan yang berpotensi untuk memenuhi keperluan industri pada masa akan datang. Kajian ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek mod teradun. Hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas, cabaran guru yang perlu diatasi dapat dilihat dalam tiga aspek, iaitu a) kemahiran teknologi, b) pengetahuan kandungan dan pedagogi, serta c) sikap dan efikasi kendiri guru dalam melaksana pendekatan ini. Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah peningkatan profesionalisme guru melalui kursus dan latihan dalam teknologi dan amalan pedagogi. Peranan kepimpinan sekolah dalam menyediakan sokongan, kemudahan dan kewangan akan membantu guru dari segi motivasi untuk mempertingkatkan amalan pengajaran yang berkesan dan bermakna.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Kadir, N., & Jamaludin, K. A. (2022). Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Mod Teradun dalam Konteks Sekolah di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(12), e001998. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i12.1998

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free