PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG, SABAH

  • CHONG OI MIN
  • MOHAMMAD TAHIR MAPA
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua buah sekolah menengah daerah Penampang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sedar dan mengetahui masalah pengurusan sisa pepejal di sekolah tetapi amalannya masih tidak dapat dilakukan oleh semua warga sekolah. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar di sekolah sebagai penyelamatnya. Namum begitu, mereka tidak mempedulikan perkara ini. Kajian juga meninjau penglibatan dan penyertaan kontraktor sekolah dalam pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Alyssa Enterprise Sendirian Berhad dan Majlis Daerah Penampang. Kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan semua aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekolah. Oleh itu, hasil dapatan artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap pengetahuan pelajar dan jumlah penjanaan komposisi sisa pepejal yang dihasilkan supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan pengurusan sisa pepejal dengan lebih berkesan dan cekap pada masa hadapan.   The problem of inefficient solid waste management is one of the issues in our country. The economic development of the country and the increase in the number of school students is the main factor in the increase in the amount of solid waste production. This opinion survey and interview study aimed to identify the composition of solid waste, students’ environmental knowledge and solid waste management practices by randomly selecting respondents from form four students. The instrument used was a questionnaire distributed to 320 students in two secondary schools in Penampang District. This study found that students are aware of the problem of solid waste management in schools but the practice is still not possible for all school people. Respondents are quite concerned about environmental education in schools as their savior. However, they still behave and behave indifferently. The study also examined the involvement and participation of school contractors in solid waste management provided by Alyssa Enterprise Sendiri Berhad and Penampang District Council. Cooperation and responsibility from all parties is very important for the success of all solid waste management activities in schools. Therefore, the findings of this article are able to provide a broad view of students’ knowledge and the amount of solid waste composition generated so that the school can take solid waste management action more effectively and efficiently in the future.

Cite

CITATION STYLE

APA

CHONG OI MIN, & MOHAMMAD TAHIR MAPA. (2021). PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG, SABAH. Jurnal Kinabalu, 21–38. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.3641

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free