Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti

  • Mohd Khir A
  • Rodzuwan N
  • Md. Noor A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
80Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara sokongan sosial, penghargaan kendiri dan kemurungan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia. Seramai 234 responden (37.2 % lelaki dan 62.8 % perempuan; 50% pelajar sains dan 50% pelajar sains sosial) terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat. Satu set borang soal selidik yang diedar kepada responden mengandungi tiga komponen iaitu Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), Rosernberg Self Esteem Scale (RSES) dan Beck Depression Inventory II (BDI II). Analisis statistik yang digunakan adalah ujian-t, korelasi Peason, dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap sokongan sosial dan penghargaan kendiri responden berada pada tahap yang sederhana, manakala tahap kemurungan menunjukkan majoriti responden berada pada tahap yang normal. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemurungan berdasarkan jantina dan program pengajian. Manakala keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan negatif secara signifikan antara kesemua dimensi sokongan sosial dan penghargaan kendiri dengan kemurungan (r = -0.391 hingga -0.510; p<0.01). Dapatan kajian bagi analisis regresi menunjukkan pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah peramal iaitu sokongan sosial (keluarga dan rakan-rakan) dan penghargaan kendiri terhadap kemurungan (β = -0.177 hingga -0.301). Kesimpulannya, sokongan sosial dan penghargaan kendiri merupakan peramal kepada kemurungan dalam kalangan mahasiswa UPM yang dikaji. Justeru, untuk mengurangkan tahap kemurungan, faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri memainkan peranan yang penting.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Khir, A., Rodzuwan, N. A. S., Md. Noor, A., Wan Jaafar, W. M., & Hassan, M. M. (2020). Sokongan Sosial, Penghargaan Kendiri dan Kemurungan dalam kalangan Mahasiswa di Universiti. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 33–42. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.547

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free