MENINGKATKAN SELF-ESTEEM MURID MELALUI TEKNIK STEP BY STEP

  • Xing Er L
  • Zakaria S
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam kehidupan dan pergaulan harian, sesetengah murid menghadapi masalah tahap self-esteem yang rendah sehingga mempengaruhi prestasi diri dan keyakinan diri untuk melakukan apa-apa sahaja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan self-esteem murid. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan hasil temubual, pemerhatian dan borang soal selidik yang dapat mengenal pasti tahap self-esteem murid yang rendah. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki Tahun 4 dan seorang murid perempuan Tahun 6. Instrumen kajian meliputi temubual, pemerhatian dan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh melalui instrumen berikut dipaparkan dalam bentuk deskripsi, jadual dan graf bagi tujuan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan  bahawa Teknik Step By Step berjaya membantu semua peserta kajian meningkatkan self-esteem yang rendah kepada tinggi. Selain itu, peserta-peserta kajian telah menjadi lebih berani untuk bertanya dan menjawab soalan, kurang mementingkan pendapat orang lain dan lebih yakin dengan diri sendiri.

Cite

CITATION STYLE

APA

Xing Er, L., & Zakaria, S. (2016). MENINGKATKAN SELF-ESTEEM MURID MELALUI TEKNIK STEP BY STEP. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.610

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free