Keberkesanan pembelajaran merupakan perkara penting dalam sesebuah institusi pendidikan. Beberapa perkara yang perlu diberi penekanan dalam mewujudkan keberkesanan pembelajaran di universiti sama ada ia melibatkan faktor dalaman mahupun luaran. Kajian ini adalah tertumpu bagaimana instrumen wakaf dalam pendidikan mampu membawa keberkesanan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) di Malaysia. Kajian kualitatif digunakan dalam membuktikan relevan pelaksanaan wakaf pendidikan di IPTA dengan menggunakan kaedah dokumentasi menerusi kajian perpustakaan bagi membuktikan wakaf pendidikan amat relevan dengan keadaan ekonomi semasa yang memerlukan faktor sokongan kewangan bagi keberkesanan pengajian di universiti. Seterusnya, wakaf pendidikan juga menjadi penyumbang kepada pengurangan perbelanjaan dan peruntukan kewangan kerajaan ke atas institusi pendidikan.
CITATION STYLE
Yasin, R., Ab Ghani, S., Saufe, N. A. S., & Yasin, R. (2023). Relevansi Pelaksanaan Wakaf Pendidikan dan Keberkesanan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 176–187. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol4no1.151
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.