Wakaf Tunai Perspektif Syariah

  • Muhammad T
  • Emy Prastiwi I
N/ACitations
Citations of this article
198Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

DARI sudut ekonomi, Dr. Murat Cizakca dalam bukunya A History of Philanthropic Foundations menghuraikan beberapa kesan positif yang terhasil daripada pelaksanaan wakaf. Antaranya ialah wakaf mampu membantu meminimakan jumlah perbelanjaan tahunan kerajaan. Ia dapat merawat defisit, mengelakkan sesebuah kerajaan terlibat dengan liabiliti hutang yang berpanjangan dan menurunkan kadar keuntungan pembiayaan. Lebih penting, wakaf mampu merealisasikan objektif pengurusan harta dalam Islam iaitu pembahagian kekayaan secara adil dalam sesebuah masyarakat dan mengelak pemusatan harta dalam kalangan segelintir hartawan. Sebelum ini, kita sudah mengimbas sedikit sebanyak sejarah kegemilangan wakaf yang dilaksanakan dalam sejarah Islam. Tulisan ini pula akan memberi pengenalan ringkas tentang sebuah instrumen wakaf yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa iaitu wakaf tunai. Sebahagian kita mungkin terkejut kerana bolehkah wakaf dilaksanakan secara tunai dan berpendapat hanya harta kekal dalam bentuk hartanah dibenarkan untuk berwakaf. Persepsi tersebut disokong dengan beberapa hadis tentang Telaga Roma yang diwakafkan oleh Saidina Uthman dan wakaf hartanah di Khaibar yang dilakukan oleh Saidina Umar. Menurut pengamatan penulis, perbincangan wakaf tunai ini sudah dimulakan sejak kurun Tabi'in seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (wafat 256 Hijrah) bahawa Imam Az-Zuhri pernah ditanya tentang seorang yang mewakafkan 1,000 dinar sebagai modal perniagaan kepada seseorang agar keuntungannya diberi kepada fakir miskin. Imam Bukhari meriwayatkan athar ini secara taklik (tanpa menyebut sanad yang penuh) dan memberi tajuk babnya sebagai Wakaf binatang tunggangan, kuda-kuda, peralatan dan 'Samit' (emas dan perak). Berbeza pendapat

Author supplied keywords

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhammad, T., & Emy Prastiwi, I. (2015). Wakaf Tunai Perspektif Syariah. Jurnal Ilmiah Ekonomi Islam, 01(01), 61–74.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free