Amalan pedagogi produktif dalam kalangan guru-guru sains sekolah menengah di Malaysia

  • Ishak N
  • Jamil H
  • Razak N
  • et al.
ISSN: 16758110
1Citations
Citations of this article
61Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan – Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan guru- guru Sains sekolah menengah dalam melaksanakan dimensi yang terkandung dalam kerangka pedagogi produktif , iaitu: (1) Kualiti intelektual; (2) Keberkaitan atau hubung kait pelajaran dengan pengalaman pelajar; (3) Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif; dan (4) Keprihatinan terhadap perbezaan yang wujud dalam kalangan pelajar. Metodologi – Pendekatan kajian gabungan (mixed-methods) yang menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif dengan teknik pengumpulan data menggunakan soal selidik dan protokol temu bual berstruktur telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 414 orang guru Sains daripada 44 buah sekolah menengah di sekitar Pulau Pinang telah dipilih sebagai sampel. Temu bual telah dijalankan terhadap lima orang guru Sains daripada lima buah sekolah yang terpilih. Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan amalan pedagogi produktif guru-guru Sains didapati lebih menekankan aspek dimensi menghargai dan menangani perbezaan dan kurang menekankan aspek kualiti intelektual di dalam bilik darjah. Ujian-t sampe bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifi kan antara guru lelaki dan perempuan bagi amalan dimensi kualiti intelektual, dimensi hubung kait, dimensi persekitaran bilik darjah yang kondusif dan dimensi menghargai dan menangani perbezaan. Dapatan ujian ANOVA satu hala pula menunjukkan, tidak terdapat perbezaan min bagi kualiti intelektual, hubung kait, persekitaran bilik darjah yang kondusif dan menghargai dan menangani perbezaan terhadap pengalaman mengajar mata pelajaran Sains. Kajian ini juga mendapati guru Sains menggunakan teknik dan strategi yang berbeza dalam mengamalkan dimensi pedagogi produktif seperti teknik penyoalan, perbincangan, mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan dunia sebenar pelajar dan menerap nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan – Kajian ini dapat memberi pendedahan tentang amalan pedagogi produktif dalam kalangan guru-guru Sains di sekolah menengah yang masih kurang dijalankan di samping maklumat yang diperoleh boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru-guru Sains berdasarkan rangka kerja pedagogi produktif melalui latihan, bengkel atau seminar. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains dalam aspek kualiti intelek, ikatan perhubungan, persekitaran kelas yang menyokong dan pengiktirafan perbezaan yang wujud dalam kalangan pelajar. Kata Kunci: Pedagogi produktif; guru Sains; amalan pengajaran

Cite

CITATION STYLE

APA

Ishak, N. A., Jamil, H., Razak, N. A., & Ahmad, M. Z. (2013). Amalan pedagogi produktif dalam kalangan guru-guru sains sekolah menengah di Malaysia. Malaysian Journal of Learning and Instruction.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free