Aplikasi perisian visualisasi tiga dimensi dalam pembelajaran sains biologi: implikasi terhadap pelajar berbeza keupayaan spatial

  • Che Soh S
  • Irfan N
  • Balakrisnan M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan perbezaan tahap keupayaan spatial pelajar terhadap prestasi kognitif dalam pembelajaran subjek biologi sel dengan menggunakan perisian visualisasi tiga dimensi. Perisian visualisasi tiga dimensi dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dalam persekitaran web. Prestasi kognitif diukur dengan menggunakan ujian pencapaian. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai enam puluh satu orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian visualisasi tiga dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan perisian visualisasi tiga dimensi dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Dapatan menunjukkan bahawa teknologi realiti mungkin berpotensi untuk digunakan dalam pembelajaran bidang berorientasikan spatial dalam disiplin sains biologi. Abstract This research is to distinguish the deviations spatial abilities, learning towards cognitive achievement in biology subject, peculiarly in a cell with three dimensional software application. The software for three dimensional visualization was implemented with virtual reality in a web environment. The cognitive abilities were measured in achievement test. and A quasi pretest-posttest experiment design was employed for this study. Sixty one student was opted from diverse groups in selected university and the group was discerned based on previous years. The results depicted on that point are no significant differences in spatial abilities in a group that was treated in learning throughout three dimensional visualization. The outcome manifests

Cite

CITATION STYLE

APA

Che Soh, S., Irfan, N. U., Balakrisnan, M., & Shakinaz, D. (2015). Aplikasi perisian visualisasi tiga dimensi dalam pembelajaran sains biologi: implikasi terhadap pelajar berbeza keupayaan spatial. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(1), 57–69.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free