Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru, Johor

  • Boon Y
  • Ghazali A
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak : Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru terhadap gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja mereka. Selain itu, kajian turut memberi fokus kepada sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut latar belakang mereka, dan adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja mereka. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan melibatkan sebanyak 178 orang guru sebagai responden. Data kajian diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan guru besar kerap mengamalkan enam dari tujuh gaya komunikasi, iaitu ekspresi positif, ekspresi negatif, arahan kerja, penglibatan, rasional kerja dan penerangan kerja. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan pendapat guru mengikut umur dan pengalaman mengajar terhadap gaya komunikasi guru besar. Sebaliknya, terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut jantina, etnik dan jenis sekolah. Selanjutnya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja guru, terutamanya gaya komunikasi ekspresi positif dan ekspresi negatif. Beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan dalam kertas kerja ini. Katakunci : komunikasi, guru besar, kepuasan bekerja, guru Pengenalan Semua manusia di dunia perlu berkomunikasi. Kebanyakan orang menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup tanpa berkomunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang asas sepertimana keperluan kita untuk makanan, tempat tinggal dan pakaian. Komunikasi adalah penting dalam kehidupan kita sebagai individu, sebagai anggota keluarga, sebagai ahli masyarakat, sebagai anggota organisasi dan sebagai rakyat sesebuah negara. Dengan kefahaman yang mendalam kita dapat meningkatkan komunikasi kita supaya kita menjadi komunikator yang baik demi menjayakan diri kita sendiri, sebuah keluarga, organisasi, maupun negara. Melalui pernyataan di atas komunikasi merupakan nadi kepada sesebuah organisasi Rogers, 1976) dan melalui komunikasi juga individu dalam sesebuah organisasi dapat disatukan (Myers, 1964). Abd Halim (1994) menyatakan bahawa komunikasi adalah aspek penting dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru besar kerana tanggungjawab seorang guru besar melibatkan tugas memimpin dan mengurus pelajar, guru dan kakitangan. Kecekapan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu bergantung secara langsung kepada kecekapan dan keberkesanan komunikasi. Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian pendidikan kearah memertabatkan Profesion Keguruan, tanpa pengurusan dan system komunikasi yang berkesan dari seorang guru besar sebuah sekolah itu tidak mungkin dapat bergerak dan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Razali (1991) menyatakan kegagalan komunikasi akan menimbulkan banyak masalah yang akan menjejaskan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi.

Cite

CITATION STYLE

APA

Boon, Y., & Ghazali, a. (2011). Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru, Johor. Unspecified, (1991). Retrieved from http://eprints.utm.my/11814/

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free