Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes di Daerah Baling, Kedah

  • Che Mat S
  • Hakim R
  • Jumali S
ISSN: 01261962
N/ACitations
Citations of this article
58Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengukuran kemiskinan di Malaysia pada masa kini kebiasaannya menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu sama ada mengikut dimensi pendapatan ataupun perbelanjaan. Kaedah ini dirasakan kurang memberi petunjuk yang tepat tentang kemiskinan. Untuk itu, artikel ini mengemukakan satu alternatif baru untuk mengukur kemiskinan bagi daerah Baling di negeri Kedah dengan menggunakan indeks kemiskinan pelbagai dimensi atau lebih dikenali dengan ‘Multidimensional Poverty Index’ (MPI) yang diperkenalkan oleh Alkire dan Foster (2007). Terdapat 14 indikator dalam empat dimensi yang dikaji iaitu dimensi pendidikan, kesihatan, kesejahteraan dan kekayaan. Kajian dilakukan ke atas 198 isi rumah di daerah Baling. Keputusan kajian menunjukkan selain dimensi ternakan, sebanyak 87.37 peratus isi rumah menghadapi kekurangan dalam mendapatkan makanan yang berzat dan 70.20 peratus isi rumah kekurangan dalam dimensi pemilikan tanah. Selain daripada mengetahui dimensi apa yang menjadi masalah utama kepada sesebuah masyarakat itu, kaedah ini juga boleh dipisahkan sama ada mengikut bandar luar bandar, jantina,agama, kaum dan sebagainya. Untuk itu, disarankan bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan, satu pendekatan yang bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan kemiskinan harus dilakukan agar penyelesaian masalah itu dapat dilakukan mengikut keperluan. Maka dalam kajian ini, beberapa indikator untuk mengukur dan mengklasifikasikan sesebuah keluarga itu miskin atau tidak. Keputusan pengukuran daripada pendekatan yang lebih komprehensif ini dijangkakan akan memberi gambaran yang lebih tepat

Cite

CITATION STYLE

APA

Che Mat, S. H., Hakim, R. A., & Jumali, S. N. (2012). Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi Sebagai Alternatif Pengukuran Kemiskinan: Kajian Kes di Daerah Baling, Kedah. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46(1), 3–12.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free