Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025

  • Malaysia Education Blueprint M
N/ACitations
Citations of this article
3.9kReaders
Mendeley users who have this article in their library.
Get full text

Abstract

I 7 Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini dan generasi sebelumnya bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan memakmurkan negara. Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan yang menjadi teras kekuatan Kementerian Pelajaran sejak dahulu hingga kini. Bakti yang telah dicurahkan oleh mereka tidak dapat disangkal oleh mana- mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun negara mencapai kemerdekaan misalnya, kita menyaksikan peningkatan yang ketara akses pelbagai peringkat pendidikan. Negara boleh berbangga dengan kejayaan kita menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka telah diakui dan diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa, seperti UNESCO dan Bank Dunia. Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui. Kesemua matlamat ini melambangkan cita-cita kita yang tinggi. Namun, saya yakin kita berupaya mencapainya. Hal ini termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat pendidikan, iaitu daripada prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, mengurangkan separuh jurang pencapaian antara kelompok kaya dengan miskin, bandar dengan luar bandar, dan antara negeri dalam tempoh yang sama, meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kelompok sepertiga terbawah kepada kelompok sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai pentaksiran peringkat antarabangsa, seperti PISA dan TIMSS, dalam tempoh l5 tahun akan datang, dan membina sistem pendidikan yang mengasuh kanak-kanak untuk menghargai keunikan identiti sebagai warganegara Malaysia. Secara keseluruhannya, hasrat ini mesti dicapai melalui pengagihan sumber yang terancang dan teliti, dan seterusnya memastikan setiap ringgit dibelanjakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kemenjadian murid. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran dan semua pihak yang menyumbang kepada pembinaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini. Saya akui bahawa bukanlah mudah untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, dan kita bakal berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tetapi percayalah, bukan sahaja kerajaan dan Kementerian Pelajaran yang komited untuk mencapai kesemua matlamat ini, malah saya secara peribadi juga komited. Dengan berganding bahu bersama-sama rakyat, saya amat yakin bahawa kita akan terus tabah dan dapat memastikan setiap matlamat berjaya dicapai. Daripada ibu bapa, anggota masyarakat sehinggalah sektor swasta, kita semua mempunyai peranan dalam meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara yang akan membantu menyemai benih kejayaan anak kita, yang dapat kita laksanakan dengan bangganya. Insya Allah, marilah kita harungi perjalanan yang menguja,

Cite

CITATION STYLE

APA

Malaysia Education Blueprint, M. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025. Education, 27(1), 1–268. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free