Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 Berasaskan Teori Kognitif

  • Md Salleh, Shaharuddin and Abu Rairah F
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran bermodul (PB) seperti Model Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri(MPK) bagi perisian Adobe Photoshop CS3 sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini. Modul ini menggunakan pendekatan Pengajaran Secara Individu dimana pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Objektif MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan tambahan selain daripada pelajar boleh mempelajari perisian Adobe Photoshop pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Kognitif juga dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi serta simbolsimbol dalam proses pembelajarannya. MPK ini boleh digunakan kepada pelajar, guru serta pihak-pihak lain yang berminat untuk mempelajari Adobe Photoshop. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat meningkatkan kemahiran dalam memanipulasikan grafik statik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Md Salleh, Shaharuddin and Abu Rairah, F. (2011). Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Perisian Adobe Photoshop CS3 Berasaskan Teori Kognitif. Unspecified, (1979), 1–7.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free