Pengaruh globalisasi terhadap peradaban

  • Osman Bakar
N/ACitations
Citations of this article
308Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pengenalan Kebanyakan diskusi tentang globalisasi tertumpu pada isu-isu ekonomi seolah-olah dimensi globalisasi yang lain seperti globalisasi kebudayaan dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat tidak penting. Tajuk ini boleh menonjolkan konsep globalisasi yang jauh lebih komprehensif yang lebih menepati hakikat globalisasi yang sebenarnya. Di samping itu ia boleh menegaskan bahawa semua dimensi globalisasi, bukan sekadar dimensi ekonomi, adalah penting kepada masa depan masyarakat dan negara ini khasnya dan masa depan peradaban umat manusia pada amnya. Secara relatifnya amat berkurangan isu globalisasi dibahaskan dari kacamata budaya dan peradaban Malaysia. Yang menguasai wacana globalisasi di peringkat dunia ialah pandangan dan perspektif Barat. Kita perlu mengetengahkan perspektif Islam dan perspektif dunia Timur di peringkat antarabangsa secara yang lebih berkesan supaya masyarakat dunia berpeluang membandingkan antara satu perspektif dengan perspektif yang lain secara adil dan saksama. Pemikiran Semasa tentang Globalisasi: Beberapa Isu Utama Ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian dalam kita membahaskan persoalan pertalian globalisasi dengan peradaban. Isu pertama ialah betapa perlunya kita melihat semua dimensi globalisasi kontemporari sebagai relevan dan penting kepada masyarakat dan negara kita. Di sini kita menyenaraikan kesemua dimensi globalisasi yang dapat dikenalpasti supaya gambaran menyeluruh diperolehi tentang globalisasi. Seterusnya kita akan meneliti sifat dan ciri-ciri setiap dimensi dan apa pentingnya dimensi berkenaan kepada negara ini. Setiap dimensi boleh dilihat dan diterokai sama ada secara berasingan dan terpisah daripada dimensi-dimensi lain atau pun dilihat secara interaktif dan kait mengait antara satu sama lain. Tetapi kepentingan masing-masing dimensi haruslah diakui. Dalam makalah ini senarai dimensi globalisasi yang ingin dibincangkan terhad kepada empat sahaja, iaitu (1) dimensi ekonomi, (2) dimensi politik, (3) dimensi kebudayaan dan keagamaan dan (4) dimensi keilmuan. Dengan penjurusan kepada empat dimensi ini maka kita boleh

Cite

CITATION STYLE

APA

Osman Bakar. (2008). Pengaruh globalisasi terhadap peradaban. Jurnal Peradaban-Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya, 1, 1–16.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free