Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat

  • ABU BAKAR A
N/ACitations
Citations of this article
76Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji pola isu, persepsi, serta pengalaman pelajar pintar dan berbakat tempatan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam persekitaran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar kohot pertama dan kohot kedua di sebuah sekolah ‘makmal’ yang menyediakan program pendidikan khusus untuk populasi pelajar pintar dan berbakat. Kajian penerokaan kualitatif ini menggabungkan temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperolehi dilakukan analisis tema menggunakan perisian NVivo versi 8.0, bagi mendalami pola isu, persepsi, serta pengalaman responden kajian secara terperinci. Dapatan utama penyelidikan ini menunjukkan bahawa pola isu pelajar pintar dan berbakat tempatan lazimnya berkisar kepada dimensi-dimensi kerjaya, akademik, dan psikososial. Realiti ini mendorong kepada kecenderungan peserta kajian untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam dimensi-dimensi berkenaan. Dapatan turut menunjukkan indikasi bahawa persepsi dan pengalaman peserta kajian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah umumnya terbina oleh gabungan reaksi positif dan negatif. Perolehan dapatan keseluruhan penyelidikan menyediakan maklumat komprehensif yang boleh dijadikan asas kepada penyediaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah yang ‘terbeza’ untuk populasi pelajar pintar dan berbakat tempatan

Cite

CITATION STYLE

APA

ABU BAKAR, A. Y. (2015). Pola Isu, Persepsi, Serta Pengalaman Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. JURNAL PENDIDIKAN MALAYSIA, 40(2), 167–173. https://doi.org/10.17576/jpen-2015-4002-09

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free