SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN SKEMA BERCABANG BAHASA MELAYU ASMAH (1993): SATU PEMERIAN SEMULA

  • Abdul Wahab M
N/ACitations
Citations of this article
51Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract: In the context of Malay language development, Asmah (1993) proposed the Malay Language Branching Scheme, which describes the evolution of Malay from ancient forms to the modern language. However, there is still room to address gaps in the scheme using relevant data for a more systematic discussion of this language evolution. The researcher employs a qualitative approach, examining previous writings in historical linguistics to address the phenomena or linguistic data of Malay. The study aims to trace the lineage of the Malay language through developmental stages defined by age or 'chronological depth' and to fill gaps in the Malay Language Branching Scheme introduced by Asmah in 1993.Overall, the study finds that the current development of Malay originates from the divergence of Proto-Austronesian, the Malayic subgroup, Old Malay, and Proto-Malay. Proto-Malay evolved into other dialects and Pre-Classical Malay. Pre-Classical Malay gave rise to Classical Malay, which later branched into the Johor-Riau dialect and Pre-Modern Malay. Pre-Modern Malay, in turn, developed into Modern Malay before eventually becoming the contemporary form. Among these dialects, the standard Malay or present-day Malay was selected as a lingua franca in Malaysia. Revisiting the Malay Language Branching Scheme is a significant effort, as no substantial review has been conducted in nearly 30 years. Keywords: Language Lineage; Branching Scheme; Malay Language; Chronological depth; Hypothesis   Abstrak: Dalam konteks perkembangan bahasa Melayu, Asmah (1993) telah mengemukakan Skema Bercabang Bahasa Melayu dalam memerikan evolusi bahasa Melayu bermula daripada bahasa Melayu purba sehinggalah bahasa Melayu Moden. Walau bagaimanapun, pengkaji beranggapan masih ada ruang untuk mengisi kelompangan skema ini berdasarkan data yang relevan agar proses perkembangan bahasa Melayu tersebut dapat dibincangkan dengan lebih sistematik. Pengkaji menggunakan tatacara kualitatif, iaitu melalui pandangan dan pemerian terhadap penulisan-penulisan terdahulu yang memanfaatkan bidang linguistik sejarawi dalam menangani fenomena atau data linguistik Melayu. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah menghuraikan susur galur bahasa Melayu melalui peringkat perkembangan bahasa yang ditentukan berdasarkan usia atau ‘lama waktu’ dan untuk mengisi kelompangan perkembangan bahasa Melayu dalam Skema Bercabang Bahasa Melayu yang dikemukakan oleh Asmah pada tahun 1993. Secara umumnya kajian ini mendapati bahawa perkembangan bahasa Melayu yang ada sekarang ini bermula daripada pemencaran daripada bahasa Austronesia purba, sub kelompok malayik, bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno dan bahasa Melayu induk. Bahasa Melayu induk menurunkan dialek-dialek lain dan bahasa Melayu praklasik. Bahasa Melayu praklasik menurunkan bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik menurunkan dialek Melayu Johor-Riau dan bahasa Melayu pra modern dan bahasa Melayu pramoden menurunkan bahasa Melayu moden sebelum menurunkan bahasa Melayu yang ada sekarang ini. Daripada dialek-dialek lain juga bahasa Melayu standard atau bahasa Melayu kini ialah salah satu dialek yang dipilih sebagai variasi bahasa yang digunakan bersama sebagai bahasa lingua franca oleh masyarakat di Malaysia. Pemerian semula Skema Bercabang Bahasa Melayu ini adalah salah satu usaha pengkaji memandangkan hampir 30 tahun tiada sebarang usaha penelitian semula terhadap skema yang dikemukakan ini. Kata kunci: Salasilah Bahasa; Skema Bercabang; Bahasa Melayu; Lama-waktu; Hipotesis

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Wahab, M. K. (2024). SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN SKEMA BERCABANG BAHASA MELAYU ASMAH (1993): SATU PEMERIAN SEMULA. Asian People Journal (APJ), 7(2), 33–45. https://doi.org/10.37231/apj.2024.7.2.531

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free