Amalan Penjarakan Fizikal Dalam Solat Berjemaah Di Masjid Menurut Perspektif Maqasid Syariah

  • Nur Kamilah Kamaruddin
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan kepada sistem peribadatan umat Islam iaitu larangan solat berjemaah di masjid. Negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam telah menetapkan garis panduan solat berjemaah rentetan penurunan kes positif COVID-19. Hal ini bagi memastikan masyarakat dapat melaksanakan solat berjemaah di masjid semasa pandemik berlaku tanpa mengabaikan keperluan menjaga nyawa. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis penetapan garis panduan berkaitan penjarakan fizikal dalam solat berjemaah di masjid ketika perintah kawalan pergerakan menurut perspektif Maqasid Syariah. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan terhadap literatur Maqasid Syariah dalam konsep daruriyyat, kaedah fiqh dan pandangan ahl al-khibrah. Hasil kajian mendapati bahawa melaksanakan penjarakan fizikal ketika solat berjemaah di masjid semasa pandemik COVID-19 adalah bertepatan dengan matlamat syarak khususnya dalam pemeliharaan agama dan nyawa. Hal ini berdasarkan pandangan ahl al-khibrah, pertimbangan maslahah antara daruriyyat dan tahsiniyyat serta aplikasi kaedah fiqh. Justeru, memahami peranan maqasid secara menyeluruh dapat membantu manusia dalam melaksanakan ibadat mengikut acuan dan ketetapan syariat Allah SWT.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nur Kamilah Kamaruddin. (2021). Amalan Penjarakan Fizikal Dalam Solat Berjemaah Di Masjid Menurut Perspektif Maqasid Syariah. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 198–210. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.411

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free