Abstract
Artikel ini membincangkan kedudukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Keterpisahan SMPC daripada sistem pendidikan kebangsaan sering menimbulkan isu yang membabitkan Dong Zong mendesak kerajaan supaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (Unified Examination Certificate). Sijil ini dianggap sebagai ‘jenama' yang menjadi kayu pengukur kualiti pendidikan SMPC, kualitinya yang kini telah dikatakan memperoleh pengiktirafan daripada universiti-universiti terkemuka dunia dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Data-data dalam artikel ini diperoleh daripada hasil temu ramah penulis dengan golongan aktivis pendidikan bahasa ibunda Cina dan bahan bercetak dalam bentuk jurnal, buku, tesis dan keratan akhbar. Hasil analisis mendapati pendirian yang berbeza antara Dong Zong dengan aspirasi kerajaan. Dong Zong mendesak kerajaan supaya melayan pendidikan bahasa ibunda Cina dengan adil dan saksama manakala kerajaan melalui pemerkasaan sistem persekolahan aliran kebangsaan sebagai alat menyemai benih perpaduan untuk mencapai hasrat membina negara bangsa perlu mengutamakan kepentingan nasional secara keseluruhan.
Cite
CITATION STYLE
Tek Yoong, C., & Tang Abdullah, N. A. (2023). Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Pertikaian dan Perbahasan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002042. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2042
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.