Abstract
Bahan bantu mengajar boleh didatangkan dalam bentuk modul m-pembelajaran bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcara berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Modul m-pembelajaran Topik Reka Bentuk Fesyen Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan Satu dibangunkan dan diberi nama Modul Sequin di mana ia menyediakan pengetahuan tentang teori dan kemahiran dalam mereka bentuk fesyen. Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Modul Sequin dalam elemen multimedia berdasarkan persepsi dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran RBT tingkatan satu. Penilaian dijalankan oleh 236 orang guru RBT Tingkatan 1 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Borang soal selidik merupakan instrument yang digunakan di dalam kajian ini dan ia mendapat kebolehpercayaan yang sangat baik mengikut nilai Apha Cronbach. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa kesemua item di dalam konstruk multimedia seperti elemen teks, imej grafik, video, audio dan animasi berada pada tahap sangat setuju. Nilai min menunjukkan guru-guru berpandangan bahawa unsur multimedia yang terdapat di dalam Modul Sequin adalah releven, interaktif, menyeronokkan dan menarik perhatian murid untuk belajar topik Reka Bentuk Fesyen. Selain itu guru-guru turut berpendapat bahawa penggunaan elemen multimedia ini memudahkan penyampaian malumat sekaligus meningkatkan kefahaman murid. Kesimpulannya, Modul Sequin mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi terhadap aspek multimedia terutama daripada elemen warna, imej grafik dan animasi. Implikasi kajian menunjukkan Modul Sequin ini boleh diakses dan digunakan oleh guru RBT dan murid Tingkatan satu serta boleh dijadikan salah satu bahan bantu mengajar untuk topik reka bentuk fesyen.
Cite
CITATION STYLE
Ismail, M., & Che Kob, C. G. (2023). Perspektif Guru Reka Bentuk dan Teknologi terhadap Elemen Multimedia Modul Sequin Topik Reka Bentuk Fesyen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002085. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2085
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.