Tanggungjawab Pesalah Kanak-Kanak bagi Kesalahan Curi dalam Undang-undang Islam dan Sivil

  • Ab Aziz N
  • Che Ramli N
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Jenayah curi merupakan kesalahan jenayah yang berat, sama ada dalam undang-undang jenayah Islam mahupun sivil. Pesalah yang melakukan kesalahan jenayah curi, mengikut sistem keadilan tradisional perlu bertanggungjawab dengan hukuman. Kanak-kanak yang telah mencapai umur minimum liabiliti jenayah jika melakukan kesalahan jenayah curi juga tidak terlepas. Namun begitu, pesalah kanak-kanak tidak boleh diadili seperti pesalah dewasa. Undang-undang Islam mengecualikan kanak-kanak daripada hukuman hudud bagi kesalahan mencuri, namun boleh bertanggungjawab melalui hukuman takzir. Di Malaysia, pesalah kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah curi ditadbir dalam Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh dihukum jika disabitkan bersalah. Tanggungjawab pesalah kanak-kanak di Malaysia adalah terbatas pada perintah mahkamah atau hukuman yang diputuskan oleh mahkamah bagi Kanak-Kanak sahaja. Namun begitu Konvensyen Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan negara ahli untuk menyelesaikan kesalahan jenayah ringan melalui proses keadilan restoratif bagi membolehkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab secara langsung kepada mangsa. Sebagai contoh, United Kingdom dan Brunei telah membenarkan pesalah kanak-kanak bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan berdasarkan teori keadilan restoratif. Kajian ini mengkaji bagaimana pesalah kanak-kanak boleh bertanggungjawab terhadap mangsa berdasarkan undang-undang Islam dan sivil serta pemakaiannya di negara-negara terpilih, dan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar Akta Kanak-kanak 2001 dipinda bagi membolehkan pesalah kanak-kanak turut bertanggungjawab secara langsung terhadap mangsa melalui proses keadilan restoratif. Kajian ini menggunakan kaedah doktrinal yang merujuk sumber primer dan sekunder yang terdapat dalam kepustakaan seperti peruntukan undang-undang, kes-kes yang diputuskan, buku, makalah jurnal dan sebagainya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab Aziz, N., & Che Ramli, N. N. S. (2023). Tanggungjawab Pesalah Kanak-Kanak bagi Kesalahan Curi dalam Undang-undang Islam dan Sivil. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, 35(2), 269–288. https://doi.org/10.37052/kanun.35(2)no4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free