Abstract
ABSTRAK Perubatan Islam merupakan salah satu daripada amalan dakwah yang boleh dijalankan kepada masyarakat Orang Asli di semenanjung Malaysia. Melalui amalan ini dapatlah diterapkan bacaan ayat-ayat Al-Quran, doa dan ruqyah sebagai asas kepada penerapan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli disebabkan masyarakat ini juga masih kuat berpegang amalan rawatan tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji amalan-amalan dakwah melalui pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli di Selangor. Kajian ini menjalankan metodologi kualitatif iaitu temu bual bersama lima orang yang terlibat secara langsung dengan perubatan Islam dan disokong dengan data kuantitatif sebagai dengan melibatkan 94 orang responden. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa amalan-amalan dakwah dalam pengubatan Islam ruqyah syariyyah kepada saudara baru Orang Asli ialah menjadi platform kepada praktikal dakwah, kaunseling secara tidak langsung, penjelasan mengenai perubatan Islam, kebajikan kepada masyarakat Orang Asli dan motivasi bahkan pesakit turut mendapat kata-kata nasihat supaya sentiasa bersabar dengan ujian hidup. Implikasi daripada kajian ini adalah amalan perubatan Islam sudah diterima dalam kalangan pesakit sehingga mendapat tempat dalam hati masyarakat Orang Asli.
Cite
CITATION STYLE
Mokhtar, M. H., Guleng, M. P., Shaharuddin, S. A., & Aini, Z. (2023). Amalan-Amalan Dakwah dalam Pengubatan Islam Ruqyah Syariyyah kepada Saudara Baru Orang Asli. Jurnal Pengajian Islam, 16(2), 182–190. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.296
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.