Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru tadika terhadap aspek kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 120 orang guru tadika di sekitar negeri Selangor. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik bagi menjawab objektif kajian berdasarkan dapatan kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati pandangan guru tadika terhadap kepentingan perkembangan kemahiran sosial untuk kanak-kanak menunjukkan bahawa purata keseluruhan item mencatatkan skor min 4.70 dan sisihan piawai 0.504. Ini memberi gambaran bahawa hampir keseluruhan 120 orang responden memilih sangat setuju dan menyokong tentang kepentingan perkembangan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Manakala, bagi hasil kajian berkenaan pandangan guru tadika terhadap tahap kemahiran sosial kanak-kanak dari aspek interaksi sosial, komunikasi, kerjasama dalam berpasukan, dan kemahiran mendengar pula menunjukkan bahawa keempat-empat aspek kemahiran sosial dilihat sangat membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak iaitu aspek interaksi sosial berada pada tahap yang rendah (M= 2.23, SP= 0.959), manakala aspek yang lain seperti komunikasi (M= 2.65, SP= 0.847), bekerjasama dalam pasukan (M=3.57, SP= 0.959), dan kemahiran mendengar (M= 3.20, SP=0.875) berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa aspek kemahiran sosial perlu diambil perhatian sewajarnya dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran sosial kanak-kanak. Implikasi kajian ini ialah kemahiran sosial adalah penting dalam memberi impak yang cukup besar terhadap fungsi dalam kehidupan kanak-kanak terutama yang melibatkan diri, orang lain, dan persekitaran sosial.
Cite
CITATION STYLE
Abdul, M. A., Osman, Z., Siraj, S., Mohd Arof, N., & Ismail, H. (2022). Pandangan Guru Tadika terhadap Aspek Kemahiran Sosial dalam Kalangan Kanak-kanak: Satu Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 11(2), 1–12. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.2.1.2022
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.