Infiniti Cergas Sihat (InCeS): Inovasi Papan Permainan yang Menarik dan Berfaedah

  • Azlina Mohd Mydin
  • Wan Anisha Wan Mohammad
  • Siti Mariam Saad
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Senaman merupakan satu aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Berlari, berjalan, mendaki gunung, berbasikal, aerobik dan berenang adalah antara senaman yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian untuk terus kekal aktif dan cergas. Namun kini, kita tidak lagi bebas untuk melakukan kebanyakan aktiviti luar rumah disebabkan ancaman wabak coronavirus (COVID-19) yang menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikenakan. Keadaan sebegini boleh menjejaskan kualiti kesihatan diri kita. Infiniti Cergas Sihat (InCeS) merupakan satu inovasi permainan iaitu aktiviti senaman ringan digabungkan dan disusun seperti permainan berpapan yang menarik. InCeS direka sebagai permainan unik yang melibatkan aktiviti gerakan senaman ringan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan untuk dimain dalam kumpulan kecil mahupun besar. InCeS boleh dimain di dalam rumah ataupun di luar rumah. Permainan InCeS ini bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal, malah permainan ini turut menerapkan kemahiran intelektual seperti aktiviti jual beli, sewa, gadaian petak dan penentuan keputusan. Permainan InCeS ini juga direka untuk semua peringkat umur, termasuklah dewasa mahupun kanak-kanak. Memandangkan InCeS merupakan satu permainan inovasi, maka ianya boleh diaplikasikan atau diguna pakai sebagai permainan berpapan semasa sesi pembelajaran, dari peringkat pendidikan awal seperti taska hinggalah pusat pengajian tinggi. InCeS juga boleh digunakan sebagai aktiviti dalam rumah bersama ahli keluarga terutama ketika PKP. Satu soal selidik mengenai InCeS telah dijalankan dikalangan pelajar pendidikan khas. Keputusannya, mendapati InCeS dapat membantu para pelajar untuk lebih berminat belajar sambil bermain dengan cara yang lebih menarik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Azlina Mohd Mydin, Wan Anisha Wan Mohammad, Siti Mariam Saad, Siti Nurleena Abu Mansor, & Rafizah Kechil. (2022). Infiniti Cergas Sihat (InCeS): Inovasi Papan Permainan yang Menarik dan Berfaedah. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 38–53. https://doi.org/10.53840/ejpi.v9i1.64

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free