Abstract
Salah satu alatan yang berguna dan praktikal yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan air tanah ialah pemodelan air tanah berkomputer. Para professional di dalam bidang hidrogeologi sepatutnya mengadaptasi dan menggunakan model air tanah untuk menguruskan air tanah dengan lebih efisen. Model konsepsi sistem akuifer di kawasan Nenasi, Pekan, Pahang telah dicadangkan dan diterjemahkan ke dalam model numerasi. Model aliran air tanah, MODFLOW telah digunakan untuk mengsimulasi keadaan hidrogeologi tunak bagi kawasan tersebut. Persetujuan yang baik diperolehi daripada perbandingan aras air tanah yang diukur dilapangan dengan aras air model simulasi. Model yang telah ditentukurkan telah digunakan untuk mengkaji kesan alam sekitar yang diakibatkan oleh pengepaman air tanah secara berlebihan di kawasan Nenasi. Hasil pemodelan akuifer ini dengan berdasarkan keadaan sempadan model yang dibina buat masa ini telah mencadangkan bahawa pengepaman berlebihan air tanah akan menyebabkan kejatuhan aras air tanah, mengeringkan akuifer cetek dan menggalakkan intrusi air laut. INTRODUCTION
Cite
CITATION STYLE
Yusoff, I., C. Mohamad, I., Abd Ghani, A., & Jamalludin, T. (2004). Groundwater modelling of Nenasi, Pekan, Pahang. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 48, 41–45. https://doi.org/10.7186/bgsm48200409
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.