PERSEKITARAN YANG MEMBENTUK MODAL INSAN DALAM NOVEL KANAK-KANAK

  • JUNAIDI R
N/ACitations
Citations of this article
43Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini menganalisis persekitaran dalam novel kanak-kanak, iaitu sama ada persekitaran memainkan peranan penting terhadap sahsiah, tingkah laku, emosi dan akademik kanak-kanak. Bertitik-tolak daripada kesedaran tersebut, kajian terhadap novel kanak-kanak yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) yang sarat dengan nilai-nilai murni dijadikan fokus kajian. Persekitaran yang difokuskan dalam kajian ini merangkumi hubungan kanak-kanak dengan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Setiap persekitaran yang digarap oleh pengarang merupakan cerminan realiti masyarakat yang ditulis dengan bahasa yang indah. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji telah menggunakan novel Beruk (2010) dan novel Azrul Wira Anak Laut (2006) untuk dijadikan bahan kajian. Novel ini dipilih kerana memperlihatkan persekitaran yang berhubungan secara langsung dengan kanak-kanak dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Novel kanak-kanak terpilih dianalisis dengan menggunakan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu mikrosistem. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa novel kanak-kanak terpilih memperlihatkan persekitaran positif dan negatif untuk membentuk kanak-kanak menjadi modal insan yang berkembang seimbang dari segi emosi, jasmani dan akademik. Kesimpulannya, novel yang dihasilkan untuk bacaan kanak-kanak menerapkan persekitaran realiti yang kaya dengan nilai-nilai moral dalam membentuk modal insan yang diperlukan oleh negara.   This study analyze the environments in children’s novels and their important roles on children’s personality, behavior, emotion and academic. This study focuses on children’s novels, which are laden with pure values that have won the Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM). The study focuses on children’s relationship with their family member, friend, teacher and neighbour. Each environment in the novel reflects the reality of the community and its beautiful language. Therefore, the researcher has adopted Beruk (2010) and Azrul Wira Anak Laut (2006) as the study materials. Thesenovels were chosen because they depict the environments that are directly related to children and influence their behavior. These children’s novels were analyzed using one of the principles in Bronfenbrenner’s Ecological Theory (1979 namely microsystem. This study utilized text analysis. The findings of the study showed that both children’s novels demonstrated an environment that can be applied in shaping human capital such as children’s behavioral, emotional and social balance. In conclusion, novels that are designed for children’s reading incorporate real environment that is rich in moral values and capable of shaping human capital.

Cite

CITATION STYLE

APA

JUNAIDI, R. B. (2020). PERSEKITARAN YANG MEMBENTUK MODAL INSAN DALAM NOVEL KANAK-KANAK. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB). https://doi.org/10.51200/manu.vi.2268

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free