Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membina modul aktiviti interaktif LiMo bagi subtopik Gerakan Linear Sains Tingkatan Empat dan kajian persepsi kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih Sains. Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik dan dibangunkan mengikut model ADDIE. Sampel kajian adalah seramai 80 orang guru pelatih yang mengambil jurusan Sains Semester tujuh di UPSI dengan menggunakan teknik persampelan rawak. Terdapat dua orang pakar terlibat dalam semakan kesahan muka dan kandungan manakala 15 orang responden bagi kebolehpercayaan instrumen. Hasil analisis data menunjukkan bahawa nilai peratusan persetujuan pakar sangat tinggi bagi kesahan muka iaitu 94.0% manakala bagi kesahan kandungan pula ialah 100.0%. Manakala, data kebolehpercayaan melalui kajian rintis adalah sangat tinggi dengan nilai Alfa Cronbach 0.910. Sementara itu, analisis deskriptif bagi tahap kebolehgunaan yang mengambil kira tiga konstruk iaitu reka bentuk, kandungan dan kebolehgunaan menunjukkan purata nilai min respon 3.73. Kesimpulannya, modul ini berjaya dibina dan mempunyai penerimaan yang positif daripada responden. Implikasinya, modul ini dapat membantu guru dan murid mempelajari subtopik Gerakan Linear dengan bermakna dan berkesan.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Fikri, N. F. A., & Wan Salleh, W. M. N. H. (2023). Pembangunan Modul Aktiviti Interaktif Limo Bagi Subtopik Gerakan Linear Dan Kajian Persepsi Dalam Kalangan Guru Pelatih. Asian Pendidikan, (3), 65–70. https://doi.org/10.53797/aspen.v3i2.8.2023
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.