Penglibatan Aktiviti Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

  • Abu Samah N
  • Surat S
  • Rahman S
N/ACitations
Citations of this article
212Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan salah satu medium untuk membentuk kemenjadian murid yang holistik dari semua aspek. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan tahap kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penglibatan aktiviti kokurikulum dengan kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 148 murid dari empat buah sekolah di negeri Pahang. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data kajian dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25 secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara penglibatan murid dalam kokurikulum dengan tahap kemahiran insaniah murid di sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kualiti pelaksanaan kokurikulum di sekolah - sekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abu Samah, N. A. B., Surat, S., & Rahman, S. (2022). Penglibatan Aktiviti Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001451. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1451

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free