Abstract
Polemik peralihan kuasa merupakan salah satu dinamika dalam perdebatan politik. Ini termasuklah polemik peralihan kuasa luar biasa yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Namun, di Malaysia, hal ini tidak pernah berlaku bila mana demokrasi berperlembagaan yang diamalkan sejak merdeka menjadi teras kepada pemerintahan dan pentadbirannya. Pasca Pilihan raya Umum ke-14 (PRU-14), bagaimanapun, mengubah fakta tersebut apabila isu peralihan kuasa terus mendominasi suasana politik di Malaysia, khususnya peralihan kuasa melibatkan pucuk kepimpinan negara, yakni jawatan Perdana Menteri. Berdasarkan penelitian dokumen sekunder dari pelbagai sumber seperti akhbar dan kenyataan politik di kalangan ahli politik, kertas kerja ini membincangkan tentang sejauh manakah isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri itu dapat dianggap luar biasa dalam sistem demokrasi berparlimen. Artikel ini turut membincangkan tentang penerimaan rakyat Malaysia keseluruhannya idea mengangkat kepimpinan dari tanah Borneo sebagai Perdana Menteri serta kaedah sewajarnya bagi mengatasi kemelut peralihan kuasa. Diharap agar dapatan artikel ini menyumbang kepada pelestarian keharmonian berpolitik di negara Malaysia
Cite
CITATION STYLE
Ationg, R. A., Esa, M. S., Ibrahim, M. A., & Abdul muiz, A. M. R. B. (2020). Menyingkap Polemik Peralihan Kuasa Secara Luar Biasa Mengikut Perspektif Demokrasi Berparlimen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 43–53. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.552
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.