Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial

  • Aina Sabariah Bt Md. Isa
  • Kamariah Bt Yusoff
  • Halipah Bt Hamzah
N/ACitations
Citations of this article
47Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Globalisasi hari ini membawa manusia hidup dalam kerangka revolusi komunikasi dan teknologi yang kompleks. Tumpuan dan keterujaan manusia terhadap teknologi komunikasi khususnya media sosial seringkali menyerlahkan aspek kekurangan sehingga hampir mengaburkan sisi positifnya. Berbagai-bagai undang-undang dan pendekatan telah dikuatkuasakan bagi mengekang fenomena berkait penyalahgunaan media sosial sama ada di peringkat nasional atau global. Dalam konteks ini Islam melalui maqasid syariah dan tetapan 5 prinsipnya sudah tersedia untuk menjadi satu sistem kawalan rohani yang efektif dalam menangani permasalahan digitalisasi ini. Maqasid syariah perlu digunakan sebagai panduan menguruskan ruangan media sosial. Kajian ini akan menumpukan kepada keperluan maqasid syariah dalam penggunaan media sosial bagi menjamin pemeliharaan agama, akal, jiwa, keturunan dan harta. Seterusnya kajian ini juga akan meneliti isu-isu dan fenomena penyalahgunaan media sosial dalam masyarakat berfokuskan tiga media sosial utama iaitu Facebook, Instagram dan YouTube serta impaknya dari perspektif maqasid syariah. Maqasid syariah amat wajar dijadikan strategi  pengawalan rohani yang ampuh kepada semua pengguna teknologi media sosial demi memperoleh sebanyak mungkin kemaslahatan dan menangkis sebarang kerosakan, membezakan yang halal daripada yang haram serta melindungi masyarakat daripada kesesatan dan penyelewengan. Maqasid syariah juga berupaya membentuk deria rohani yang strategis dalam jiwa seorang pengguna media sosial. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada pemerkasaan kefahaman dan amalan Islam pada era ledakan siber di samping menjadikan media sosial diurus dan digunakan berlandaskan tuntutan Syariah Islamiyyah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Aina Sabariah Bt Md. Isa, Kamariah Bt Yusoff, & Halipah Bt Hamzah. (2021). Maqasid Syariah Sebagai Strategi Pengawalan Rohani Dalam Penggunaan Media Sosial. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 323–333. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no2.418

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free