Abstract
Kaedah pengajaran guru Sejarah yang berbentuk tradisional dan tidak menarik perhatian menyebabkan mata pelajaran sejarah kurang diminati dan dianggap bosan oleh murid. Oleh itu penggunaan strategi dan teknik mengajar yang sesuai dengan tahap keupayaan dan pengetahuan murid merupakan ciri kompetensi kemahiran mengajar yang perlu ada pada seseorang guru. Keupayaan dan kesungguhan guru dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seterusnya dapat merangsang minat dan pencapaian murid. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif menggunakan kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah murid di peringkat sekolah menengah atas yang melibatkan empat kelas yang melibatkan 51 orang murid. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan kaedah Jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah Jigsaw II dapat meningkatkan pencapaian penulisan esei Sejarah murid melalui Ujian Pra-Pos yang dijalankan. Dapatan kajian juga menunjukkan keempat-empat skor sikap murid terhadap penggunaan kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah dari aspek kaedah Jigsaw mudah difahami, membantu murid dalam penulisan esei, memupuk nilai kerjasama dan komunikasi antara murid adalah berada pada tahap yang tinggi melalui analisis deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Kajian ini juga menyatakan implikasi serta mencadangkan beberapa cadangan sebagai panduan untuk pengkaji masa hadapan untuk melaksanakan kaedah Jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Cite
CITATION STYLE
Sarifuddin, N., & Ahmad, A. (2023). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw II dalam Penulisan Esei Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002030. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2030
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.