Penentuan Kandungan Makronutrien dalam Tiga Jenis Kuih Manis Tempatan: Pengiraan Berbanding Analisis

  • Haroon H
  • Safii N
  • Aminudin N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
18Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kandungan makronutrien dalam tiga jenis kuih manis tempatan iaitu kuih seri muka (SM), kuih bakar (B) dan kuih wajik (W) yang mana resepinya telah dibentuk secara pengiraan nutrien yang berdasarkan Jadual Komposisi Makanan Malaysia (JKMMM) dengan kaedah analisis secara proksimat. Penentuan kandungan makronutrien secara spesik ditentukan menggunakan kaedah analisis proksimat manakala penentuan tenaga dan karbohidrat total dijalankan melalui pengiraan. Hasil analisis proksimat menunjukkan W mengandungi karbohidrat total tertinggi (61.5 ± 1.6%) secara signikan (p < 0.05), berbanding B (39.3 ± 1.5%) dan SM (38.7 ± 1.5%). SM mempunyai kandungan air yang lebih tinggi (46.7 ± 1.6%) secara signikan (p < 0.05) berbanding B (42.5 ± 6.6 %) dan W (30.2 ± 0.4%). B mengandungi kandungan protein tertinggi (6.1 ± 0.9%) secara signikan berbanding dengan W (3.0 ± 0.3%). Tiada perbezaan yang signikan bagi kandungan lemak di antara B (12.8 ± 1.8%), SM (9.9 ± 0.2%) dan W (8.2 ± 2.6%). Jumlah kalori untuk W adalah tertinggi (332 kcal/100g) diikuti oleh B (299 kcal/100g) dan SM (262 kcal/100g). Secara umumnya, nilai kandungan makronutrien dari analisis proksimat adalah lebih rendah berbanding secara pengiraan kandungan makronutrien menggunakan JKMMM. Ini disebabkan pengiraan berdasarkan JKMMM adalah berdasarkan bahan mentah manakala analisis proksimat berdasarkan sampel kuih yang telah disediakan

Cite

CITATION STYLE

APA

Haroon, H., Safii, N. S., Aminudin, N. H., & Khalid, K. H. (2013). Penentuan Kandungan Makronutrien dalam Tiga Jenis Kuih Manis Tempatan: Pengiraan Berbanding Analisis. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 11(1), 19–24. https://doi.org/10.17576/jskm-1101-2013-04

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free