Abstract
Kertas ini memfokuskan pada hubungan antara Pengajian Malaysia dengan pnerimaan antarabangsa bahasa Melayu pada era “Wawasan Global”. Dengan kebangkitan ekonomi Malaysia sejak 1970an, Pengajian Malaysia menjadi smakin popular di banyak negara. Analisis ini menujukkan bahawa dalam artikel bidang ilmu kemanusiaan dan sains sosial yang diliputi Web of Science (WoS) Core Collection, pengarang dari Malaysia menguasai Pengajian Malaysia, dengan jatah pasaran lebih daripada 86 % pada 2020. Pada masa yang sama, penyelidik dari 117 negara didapati aktif dalam bidang itu. Kertas ini menghujah bahawa inovasi teknologi dalam penyelidikan, khususnya pangkalan data yang mempunyai sifat “Akses Terbuka” dan “Pencarian dalam Teks Penuh”, seperti MyCite, menyumbang pada kerelevanan bahasa Melayu yang semakin meningkat dalam Pengajian Malaysia di peringkat antarabangsa.
Cite
CITATION STYLE
Graf, A. (2021). Pengajian Malaysia Dan Penerimaan Bahasa Melayu Di Peringkat Antarabangsa Dalam Era “Wawasan Global.” Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(2), 1–10. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.2.fa.1.2021
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.