Resilien Pengusaha Bas Awam dalam Hadapi Tempoh Pandemik COVID-19

  • Jirip H
  • Mohd Noor H
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Resilien merupakan kemampuan untuk menyesuaikan diri dan mengatasi tekanan dalaman mahupun luaran dalam satu tempoh yang sukar. Dalam tempoh pandemik ini, kesukaran untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam menjadi satu cabaran yang besar khususnya dalam kalangan pengusaha bas. Penularan penyakit pandemik Covid-19 telah memaksa kerajaan di kebanyakan negara, di seluruh dunia untuk melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) bagi mengelakkan penularan Covid-19 berlaku di negara masing-masing. Pelaksanaan sekatan pergerakan yang dilakukan memberikan impak yang besar terhadap penurunan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam. Selain itu, penularan Covid-19 juga telah mengakibatkan pengusaha bas mengalami penurunan kadar aliran tunai. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti usaha pengusaha bas awam dalam menangani dan meneruskan kelangsungan perkhidmatan dalam tempoh pandemik Covid-19. Penggunaan terhadap sumber sekunder diaplikasikan dalam kajian ini dengan menyelidik kajian-kajian lepas seperti jurnal, buku, artikel dan laporan untuk membincangkan konsep resilien pengusaha bas awam dalam tempoh pandemik ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jirip, H., & Mohd Noor, H. (2022). Resilien Pengusaha Bas Awam dalam Hadapi Tempoh Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), e001305. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1305

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free