Sikap masyarakat dalam mengamalkan pencegahan demam denggi di Bandar Baru Bangi, Selangor

  • Nasir N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kes denggi terkumpul di Malaysia dari 29 Disember 2020 sehingga 21 September adalah sebanyak 18,995 kes. Penyakit denggi pertama kali dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes, yang boleh menyebabkan demam denggi dan demam denggi berdarah. Peningkatan kawasan bandar, pembangunan, dan kepadatan penduduk telah menyumbang kepada penularan penyakit ini. Pelbagai langkah pencegahan telah diperkenalkan, namun tidak semua individu mengamalkannya. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan kes denggi dari masa ke masa. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sosio demografi dan tahap pengetahuan berkenaan denggi serta hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap penduduk dalam mengamalkan amalan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor. Kajian menggunakan kaedah soal selidik secara Google Form dan melibatkan 100 orang responden. Maklumat yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan negatif yang sangat lemah antara tahap pengetahuan dan sikap masyarakat (nilai r = -0.201, p<0.05). Kesimpulannya, perlaksanaan program berkaitan peningkatan kesedaran masyarakat dalam amalan pencegahan demam denggi perlu ditingkatkan. Kerjasama antara masyarakat setempat dan pihak berkuasa diperlukan untuk memastikan aktiviti pencegahan demam denggi dapat diamalkan oleh semua lapisan masyarakat serta menyokong objektif SDG 3 dan SDG 11. Kata kunci: Amalan pencegahan, bandar, denggi, Malaysia, sikap, tahap pengetahuan The cumulative dengue cases in Malaysia from December 29, 2020, to September 21, totaled 18,995 cases. Dengue was first reported in Malaysia in 1902. This disease is caused by a virus carried by Aedes mosquitoes, leading to dengue fever and dengue hemorrhagic fever. The increase in urban areas, development, and population density has contributed to the spread of this disease. Various preventive measures have been introduced, but not all individuals practice them. This situation has led to a rise in dengue cases over time. This study aims to examine the relationship between sociodemographic factors and the level of knowledge about dengue, as well as the relationship between the level of knowledge and attitudes of residents in practicing Aedes mosquito breeding prevention measures in Bandar Baru Bangi, Selangor. The study used a questionnaire method via Google Form, involving 100 respondents. The collected data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) software. The analysis results showed a very weak negative relationship between the level of knowledge and community attitudes (r = -0.201, p<0.05). In conclusion, implementing programs to increase community awareness in practicing dengue prevention measures needs to be enhanced. The cooperation between the local community and authorities is necessary to ensure that dengue prevention activities can be practiced by all layers of society and support the objectives of SDG 3 and SDG 11. Keywords: Prevention practices, urban, dengue, Malaysia, attitude, level of knowledge

Cite

CITATION STYLE

APA

Nasir, N. M., & Abd Majid, N. (2024). Sikap masyarakat dalam mengamalkan pencegahan demam denggi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space, 20(2). https://doi.org/10.17576/geo-2024-2002-07

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free