Pengkategorian Nelayan Bandar Dan Kemiskinan: Penelitian Terhadap Nelayan Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

  • Md Shah J
  • Hj Selamat H
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam literatur, pengkategorian terhadap nelayan lazimnya dibuat berasaskan ukuran kewangan dan bukan kewangan. Misalnya, nelayan termiskin, miskin dan tidak miskin. Pengkategorian bukan kewangan pula merujuk kepada tahap penglibatan nelayan dalam aktiviti penangkapan ikan sama ada secara sepenuh masa mahupun separuh masa serta teknologi yang digunakan. Klasifikasi sebegini telah memberi gambaran bahawa wujud pelbagai jenis nelayan. Namun, kategori sedia ada ini hanya menyentuh tentang nelayan di kawasan luar bandar. Adakah kategori yang serupa wujud dalam kalangan nelayan di kawasan bandar? Sejauh manakah klasifikasi ini memberi impak dalam kehidupan harian nelayan bandar di peringkat komuniti? Bagi menjawab soalan tersebut, artikel ini akan menghuraikan kategori nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, iaitu kumpulan nelayan yang dikenali sebagai nelayan bandar kerana lokasinya yang terletak di kawasan bandar. Indikator yang mempengaruhi pembentukan sesuatu jenis nelayan dan implikasi kewujudan pengkategorian ini terhadap aktiviti sosioekonomi nelayan bandar turut dikupas dalam makalah ini.

Cite

CITATION STYLE

APA

Md Shah, J., & Hj Selamat, H. (2016). Pengkategorian Nelayan Bandar Dan Kemiskinan: Penelitian Terhadap Nelayan Di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu. https://doi.org/10.51200/ejk.v19i0.506

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free