Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian

  • Amiruddin A
  • Ab. Halim Z
  • Zainuddin N
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendidikan 4.0 (Edu 4.0) memperkenalkan agenda Malaysia Higher Education 4.0 (MyHE 4.0) di peringkat pengajian tinggi, berkaitan proses pembangunan kurikulum dalam talian dan cara penyampaian yang lebih kreatif. Selari dengan MyHE 4.0, kajian ini diketengahkan bertujuan mencadangkan satu model untuk proses reka bentuk dan pembangunan khusus untuk pembelajaran bahasa Arab dalam talian berdasarkan kajian-kajian terdahulu yang terkini dari tahun 2016 sehingga 2020. Kajian ini menggunakan proses menganalisis sorotan literatur secara kajian perpustakaan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan daripada kajian-kajian berkenaan. Hasil dapatan kajian membentangkan satu kerangka kajian cadangan yang terdiri daripada beberapa teori pembelajaran, model-model reka bentuk berserta prosedur-prosedur sistematik untuk reka bentuk dan pembangunan pembelajaran bahasa Arab dalam talian. Kerangka kajian cadangan ini diharapkan dapat menjadi salah satu rujukan kepada para penyelidik khusus bagi pembelajaran bahasa Arab dalam talian, dan juga untuk bahasa-bahasa asing/ketiga lain.

Cite

CITATION STYLE

APA

Amiruddin, A. Z., Ab. Halim, Z., & Zainuddin, N. (2021). Reka Bentuk dan Pembangunan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(1), 18–30. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i1.59

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free